Sunday 27 September 2015

Amar Yong Tau Foo Delivery

Assalamualaikum, konsep delivery yong tau foo di lancarkan pada 1 Oktober 14. Namun, di hentikan sebulan kemudian atas faktor tertentu.

Tapi tarikh kewujudan sebenar 
"Amar Yong Tau Foo Delivery" sebenarnya lebih tua dari usia tuh.


Kalau nak tahu sejarah awal 
klik DI SINI. 

Kemudian ,DI SINI adalah majlis terbesar yg pernah kami kendalikan.


Secara ringkas DUA pautan link di atas adalah :

  • Mula bisnes menapak stall di Restoran Vanggey-vanggey  Shah alam pada 14 Februari 2012.
  • Kemudian,tambah tapak khemah di Hotnite Bazar berhampiram  Klang Sentral 
  • (Henti Operasi  Mei 2012 di Dua-dua lokasi)
  • Kendali katering 4000 pax yong tau foo untuk Majlis Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi di Putrajaya pada Oktober 2013. 
   Apa pengajaran di atas?

   Jadikanlah kekurangan dan kerugian 
    itu sebagai satu TITIK PERMULAAN.
    Ingatlah rezeki itu pemberian Allah.

    Apa Rasionalnya?

   Kami diuji dengan ujian &  
   musibah hingga terpaksa 
   menutup stall & henti operasi.
   Namun,jika kita redha dengan
   setiap ujian-Nya,ganjaran pasti
   hadir.Siapa sangka rezeki kendali
   katerer YTFoo 4000 pax menjadi
   milik Amar Yong Tau Foo.

Kenapa Henti Niaga Stall?

Masa bujang tu bolehlah saya nk hadap :

8 am - 5 pm : kerja gomen
6pm- 7.30pm: setup barang niaga
8pm-1.00am: niaga

Saya ni sebenarnya kakitangan kerajaan.dan baru mendirikan rumah tangga pada tahun 2013.

Oleh sebab nk beri tumpuan pada kerja & keluarga,sebab itu decide stop niaga.


          Selepas TAK NAK pacak stall..
          Selepas TAK NAK urus katering..
          Berkubur ke AMAR YONG TAU 
        FOO?


Tak berkubur tapi kami pakai konsep delivery.Kisahnya begini :  

Pada September 2014 naluri niaga ni buak balik..macam letusan larva gunung berapi.

Hmm..aku ni bakal jadi bapa..seorang pekerja..seorang pelajar..Masalah yg terpaksa kena face adalah faktor modal & masa.

Oleh tu kena create some technic style niaga yg 'low modal, less time ,gain profit' iaitu servis delivery yong tau foo door to door .

Antara Benefitnya? 

tak payah fikirkan duit sewa,kos minyak ke kedai,no worried produk rosak,masa lebih fleksibel,tak menjejaskan kerja hakiki esok pagi & pahala manyak oo..

 'how to marketkan service ?

tak ada stall macam mana orang nk tau aku niaga apa kan?
by online like mudah.com dan majalah.com ?boleh tapi tak strong bagi service delivery.

Pengiklanan terpantas guna FB.

aku  create fb page dengan nama Amar Yong Tau Foo Delivery.Invited kawan-kawan fb tapi berapa kerat je yg accept.huu..takleh giveup, so , dengan modal RM70 camtu ,try guna fb ads.

Tapi modal murah audien yg kita target  jauh tersasar.Ke Philipina,India sana tuh!

Hmmm..dengan konsep 'low modal,less time,gain profit' apa lagi boleh di cuba ?

Ok dapat idea tuh!

Firstly, kita kena fikir apa guna liker fb bnyak tapi tak order kan?sometime diorg like just untuk simpati,aku tak suka tuh.

So,kena gabungkan dengan cara tradisional,iaitu edar flyers.

Promote flyers boleh face to face dgan future client dan kita boleh explain direct .

Di mana pengedaran flyers?

Di kawasan sek.7,parking motor S.U.K & Plaza Alam Sentral,Tasik Shah Alam.

Masa tu hari Jumaat.Sanggup ambil cuti rehat nk edar flyers punya pasal.
Dari pkul 9 am - 12pm lebih kurang camtulah 100 helai flyers selesai diedar.

Lepas edar Flyers?

Peluh buat baju  jadi kuyup.Destinasi terakhir di Tasik Shah Alam.

Aku hirup udara segar sambil sandar badan di kerusi yg berhadapan dgn tasik yg tenang.

Dalam hati senyum lebar tanda satu kepuasan.Masa tu mmg dah serah semuanya kepada Allah,berjaya atau tak itu bukan kerja kita,yg penting kena berusaha dulu.

Macam biasalah sambil nk santai rehat ,online fb lah kejap sambil tunggu waktu solat Jumaat.Scroll punya scroll baca status gampang si Amran Fans.

HMM...

 Amran Fans? tiba-tiba ada lampu pula atas kepala ni(idea)...

pe kata cuba mesej si Amran Fans ?
mana tahu dia sudi tolongkan..

 dan benda yg sama juga aku buat pada fb page KHK,Pen Merah dot.com,Sultan Melaka,Friends OF BN... 

Ini antara mesej yg dihantar pada page-page tersebut.



Next?

Selesai luah hati tu sbnarnya tak expect pun diorang akan layan mesej tu.So dgn tak ada apa perasaan tu,aku teruslah menuju ke Masjid Sek.7.

Azan Berkumandang- Khutbah Jumaat- Solat Jumaat-Doa

Selepas solat jumaat,aku cepat cepat ambil flyers  dan edar ke bakul motor para jemaah..tak banyak pun sebab buat dgn keadaan laju-laju.

Setelah selesai ,naik ke motor,dapat 1 mesej dari sorg kakak ni dari Sg.Besi..

"Dia tanya niaga mana & nanti nk order ytfoo."

"aku replylah deliver area Shah alam."

Hmm..bengong juga masa tu.tapi masih tak pelik lagi.

5 minit kmudian,ada call dari KL .pun pasal ytfoo.Tapi tak dapat nk cakap lama,sebab atas motor...

Tiba di rumah,ada 2-3 missed call  nombor berbeza...aik pelik benor!!

Rupa-rupanya dah viral!

Ada juga yg cakap 
'Amran lanjioo ytpoo satu'
ada yg tulis 'KHK bring me here'

KHK & Amran Fans viralkan mesej aku tuh.

Unbelieveable !

Page Amar Ytfoo Delivery pun laju je likers nya bertambah....!

Terharu betul dengan admin Amran Fans dan KHK .Tak lupa pada Halim Brothers  ada juga tanya niat nk bantu.

"Syukur pada Allah telah menggerakkan hati para admin -admin tersebut."

Di bawah ni pula keratan perbualan  dengan diorang.
(Tapi sekarang akaun Amran Fans dan KHK dengan akaun baru,yg lama di banned FB ).






Terima kasih tak juga kat semua fan-fan  mereka yang so positive

Tapi gelabah juga masa tu sebab tak proper lagi maklumat & iklan dalam fb page.Jadi kita kena tanya pada yg pakar..Alhamdulillah abang burn pun sporting!Terima kasih!

Alhamdulillah,bisnes berjalan dengan baik 
dan sambutan boleh tahan.Tapi dalam sebulan run service tu.

Kenapa Stop?

Berjinak-jinak dengan dunia saham KLSE.Nak join ke?Better jangan!
Masa tu praktik ilmu short term.

Adat lah main saham  tiap malam kena buat kajian . 

sebab tuh decide stopkan service delivery.........:(

Now September 2015?

Dalam proses perancangan aktif semula tapi bergantung dgn dapatan kajian yg sedang di lakukan di kawasan Klang & Shah Alam.
InsyaAllah...

Terima kasih sudi membaca...😄










No comments:

Post a Comment