Monday 12 May 2014

Penangguhan bisnes

 Saya yg menjalankan bisnes katering yongtaufoo menghentikan sementara waktu fokus pada pemasaran perniagaan  
dan terpaksa menolak beberapa tempahan pelanggan.Ini kerana saya terpaksa beri fokus penuh terhadap :
1.Kerja tetap
2.Study part time
3.Bayi sulung
  Justeru itu,agak sukar bagi saya untuk beri komitmen pada bisnes katering yong taufoo buat sementara waktu.Namun sambil itu juga,saya sedang menunggu tawaran dari pihak Mardi untuk kursus pembuatan kuah.(gambar dibawah surat penangguhan)
Saya bercadang untuk mempelajari pembuatan kuah untuk ketahanan tempoh period 4-6 bulan.InsyaAllah jika ada rezeki.

Thursday 13 February 2014

Bukan rezeki kami kali ni

         Persetujuan hampir tercapai dengan pihak wakil pelajar UPNM untuk majlis hari ahad ini 16/2/2014.Namun oleh kerana isteri tercinta sehingga kini 14/2/2014 masih menunggu hari untuk bersalin anak pertama kami.Ditambahkan lagi 16/2/2014 juga ,saya mempunyai kelas tutorial(OUM) pada waktu pagi-petang.
         Untuk mengelakkan masalah di kemudian hari,pihak kami mencari penyedia katering yongtaufoo dari area Kajang untuk menggantikan tempat kami.Kami bersyukur ada pengganti yg dapat meneruskan perbincangan lebih lanjut dengan wakil pelajar tersebut.Walaupun,bukan rezeki kami kali ni,asalkan pelajar-pelajar dapat menikmati Yong taufoo dari pihak lain ,kami turut bergembira.InsyaAllah ,hari lain adalah rezeki kami lagi.

Saturday 8 February 2014

Weekday order

Tempahan dari rakan pejabat 'Orang rumah' RM20.Besar atau kecil nilainya,yang penting ikhlas bagi pelanggan merasa .Ada tempahan di hari Isnin-Jumaat pun kami terima,asalkan tempahan di buat awal dulu.
(26/1/14)

Tempahan untuk I-Semesta produksi


Selesai sudah menyiapkan tempahan yong tau foo sebanyak 30 pax untuk santapan petang pelajar Ijazah Sarjana Muda Skrin dari UiTM dengan kerjasama iSemesta Production yang akan menyiapkan projek  film digital telemovie yang berjudul 'Rumah Ini Duniaku' yang di uruskan oleh pengurus produksi En.Mohd Ferdaus Hassan.(8Februari2014).


Tuesday 21 January 2014

DIY Soup + Sos ala Johnny's

   

        Johnny's steamboat merupakan antara penyedia masakan steamboat yang popular di Lembah Klang.Kekuatan utama adalah pada sosnya.Samada anda memilih kuah sup ayam atau tom yam,tidak akan memberi rasa yang berkesan jika dimakan tanpa sosnya.

Sos Johnny's Steamboat

    Oleh itu,pihak kami sedang dalam perancangan untuk mempertimbangkan penyediaan kuah sup + sos ala Johnny's.Nantikan citarasa baru dari pihak kami.


\


Untuk sebarang pertanyaan : Call/Sms/Wechat/Whatsapp 012-3627856
Minggu ni dalam proses perbincangan dengan pihak pelajar UPNM untuk majlis makan malam yang bertemakan " Pasar malam".Sebarang keputusan dalam perbincangan lagi.Harap semuanya berjalan lancar.
Cadangan tapak lokasi majlis
sample test tidak berkuah

sample test berkuah



Untuk sebarang pertanyaan : Call/Sms/Wechat/Whatsapp 012-3627856

Monday 20 January 2014

Rumah terbuka Kementerian Komunikasi

Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi


Lokasi : Dataran Gemilang, P4 Putrajaya

Acara : Rumah Terbuka Aidil Fitri Kementerian Komunikasi & MultiMedia

Tarikh : 22/8/2013 @ 11.00 am


       Pihak kami telah menerima tempahan sebanyak 4000 pax pada majlis berkenaan.Majlis yang di sertai menteri-menteri dan orang kenamaan Malaysia menjadi majlis terbesar yang pernah kami sediakan.Terima kasih kepada pihak Mynic dan Mdec yang sudi bekerjasama dengan pihak kami.



Positif respond setelah merasai kuah

Cuaca yg baik di lokasi

No.gerai kami No.12.

map lokasi
keadaan cuaca pagi di lokasi
Operasi di rumah

Untuk sebarang pertanyaan : Call/Sms/Wechat/Whatsapp 012-3627856



Perniagaan Separa masa

Selepas setahun penutupan perniagaan di Hotnite Bazar,kami bangkit beroperasi secara separa masa berdasarkan tempahan.Alhamdulillah ,walaupun pada mulanya terpaksa menolak beberapa tempahan pada peringkat awal kerana tiada pengalaman yang cukup.Namun berpegang kepada pepatah,orang yang bodoh adalah orang yg melepaskan peluang,maka pihak kami memberanikan diri menyediakan perkhidmatan secara separa masa berdasarkan tempahan.Kami menyasarkan untuk memberi perkhidmatan pada majlis-majlis kecil seperti di kenduri kahwin.




Ianya agak unik bagi kebyakan tetamu dan sambutan agak baik dikalangan tetamu.


Untuk sebarang pertanyaan : Call/Sms/Wechat/Whatsapp 012-3627856

Asal Penubuhan

Kami memulakan perniagaan pada pertama kalinya pada  14 Februari 2012 bertempat di Restoran Vangey-vangey ,Dataran otomobil,Sek.15,Shah alam,Selangor.Perniagaan ketika itu beroperasi menumpang di kaki lima restoran tersebut dan beroperasi sekitar pukul 7.30 pm-12.30am.Terima kasih kepada arwah abang ,Irwan Bin Amil yang berusaha untuk membantu adiknya ni memulakan perniagaan kecil-kecilan.Kalau bukan kerana usahanya,tak pastilah bila agaknya Amar Yong Tau Foo tertubuh.Al-fatihah untuk arwah abang..........
menu-menu 

Pekerja sedang merebus yong tau-foo

Kami kemudian menambahkan cawangan operasi di Hotnite bazar ,berhampiran Klang Sentral,Meru,Klang  secara konsep uptown.Pelbagai menu dan aneka pilihan yang turut di jual oleh peniaga-peniaga lain.Persembahan karaoke juga turut di sediakan bagi pengunjung-pengunjung menyerlahkan bakat terpendam masing-masing.
Pemandangan hadapan

banting Amar yongtaufoo
Namun,di tapak lokasi baru itu,kami sering berhadapan dengan insiden ribut dan khemah-khemah sering mengalami kerosakan setiap kali bencana melanda.Namun itu bukanlah pematah semangat kepada kami untuk terus berniaga.




Hinggalah pada bulan Mei 2012,kami telah ambil keputusan untuk menghentikan operasi kerana  masalah teknikal di Shah alam serta masalah ketirisan penganjur di Hotnite Bazar  .Untuk masalah tersebut biarlah menjadi rahsia antara kami.Adat meniaga kerugian adalah satu kemestian,namun kami percaya rezeki kami akan hadir juga nanti.InsyaAllah...

Boleh refer fb lama kami Di Sini .(Kini akaun tersebut tidak aktif).
Dan pautan video Di Sini.



Untuk sebarang pertanyaan : Call/Sms/Whatsapp 012-3627856