Amar YongTauFoo
Menyediakan perkhidmatan katering bagi penyediaan makanan Yong tau foo untuk pelbagai jenis majlis.Sila call/sms/whatsapp/wechat ke 0123627856 (akmal) untuk pertanyaan lanjut.
Sunday, 24 January 2016
Sunday, 27 September 2015
Amar Yong Tau Foo Delivery
Assalamualaikum, konsep delivery yong tau foo di lancarkan pada 1 Oktober 14. Namun, di hentikan sebulan kemudian atas faktor tertentu.
Tapi tarikh kewujudan sebenar
"Amar Yong Tau Foo Delivery" sebenarnya lebih tua dari usia tuh.
Kalau nak tahu sejarah awal
klik DI SINI.
Kemudian ,DI SINI adalah majlis terbesar yg pernah kami kendalikan.
Secara ringkas DUA pautan link di atas adalah :
- Mula bisnes menapak stall di Restoran Vanggey-vanggey Shah alam pada 14 Februari 2012.
- Kemudian,tambah tapak khemah di Hotnite Bazar berhampiram Klang Sentral
- (Henti Operasi Mei 2012 di Dua-dua lokasi)
- Kendali katering 4000 pax yong tau foo untuk Majlis Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi di Putrajaya pada Oktober 2013.
Apa pengajaran di atas?
Jadikanlah kekurangan dan kerugian
itu sebagai satu TITIK PERMULAAN.
Ingatlah rezeki itu pemberian Allah.
Apa Rasionalnya?
Kami diuji dengan ujian &
musibah hingga terpaksa
menutup stall & henti operasi.
Namun,jika kita redha dengan
setiap ujian-Nya,ganjaran pasti
hadir.Siapa sangka rezeki kendali
katerer YTFoo 4000 pax menjadi
milik Amar Yong Tau Foo.
Kenapa Henti Niaga Stall?
Masa bujang tu bolehlah saya nk hadap :
8 am - 5 pm : kerja gomen
6pm- 7.30pm: setup barang niaga
8pm-1.00am: niaga
Saya ni sebenarnya kakitangan kerajaan.dan baru mendirikan rumah tangga pada tahun 2013.
Oleh sebab nk beri tumpuan pada kerja & keluarga,sebab itu decide stop niaga.
Selepas TAK NAK pacak stall..
Selepas TAK NAK urus katering..
Berkubur ke AMAR YONG TAU
FOO?
Tak berkubur tapi kami pakai konsep delivery.Kisahnya begini :
Pada September 2014 naluri niaga ni buak balik..macam letusan larva gunung berapi.
Hmm..aku ni bakal jadi bapa..seorang pekerja..seorang pelajar..Masalah yg terpaksa kena face adalah faktor modal & masa.
Oleh tu kena create some technic style niaga yg 'low modal, less time ,gain profit' iaitu servis delivery yong tau foo door to door .
Antara Benefitnya?
tak payah fikirkan duit sewa,kos minyak ke kedai,no worried produk rosak,masa lebih fleksibel,tak menjejaskan kerja hakiki esok pagi & pahala manyak oo..
'how to marketkan service ?
tak ada stall macam mana orang nk tau aku niaga apa kan?
by online like mudah.com dan majalah.com ?boleh tapi tak strong bagi service delivery.
Pengiklanan terpantas guna FB.
aku create fb page dengan nama Amar Yong Tau Foo Delivery.Invited kawan-kawan fb tapi berapa kerat je yg accept.huu..takleh giveup, so , dengan modal RM70 camtu ,try guna fb ads.
Tapi modal murah audien yg kita target jauh tersasar.Ke Philipina,India sana tuh!
Hmmm..dengan konsep 'low modal,less time,gain profit' apa lagi boleh di cuba ?
Ok dapat idea tuh!
Firstly, kita kena fikir apa guna liker fb bnyak tapi tak order kan?sometime diorg like just untuk simpati,aku tak suka tuh.
So,kena gabungkan dengan cara tradisional,iaitu edar flyers.
Promote flyers boleh face to face dgan future client dan kita boleh explain direct .
Di mana pengedaran flyers?
Di kawasan sek.7,parking motor S.U.K & Plaza Alam Sentral,Tasik Shah Alam.
Masa tu hari Jumaat.Sanggup ambil cuti rehat nk edar flyers punya pasal.
Dari pkul 9 am - 12pm lebih kurang camtulah 100 helai flyers selesai diedar.
Lepas edar Flyers?
Peluh buat baju jadi kuyup.Destinasi terakhir di Tasik Shah Alam.
Aku hirup udara segar sambil sandar badan di kerusi yg berhadapan dgn tasik yg tenang.
Dalam hati senyum lebar tanda satu kepuasan.Masa tu mmg dah serah semuanya kepada Allah,berjaya atau tak itu bukan kerja kita,yg penting kena berusaha dulu.
Macam biasalah sambil nk santai rehat ,online fb lah kejap sambil tunggu waktu solat Jumaat.Scroll punya scroll baca status gampang si Amran Fans.
HMM...
Amran Fans? tiba-tiba ada lampu pula atas kepala ni(idea)...
pe kata cuba mesej si Amran Fans ?
mana tahu dia sudi tolongkan..
dan benda yg sama juga aku buat pada fb page KHK,Pen Merah dot.com,Sultan Melaka,Friends OF BN...
Ini antara mesej yg dihantar pada page-page tersebut.

Next?
Selesai luah hati tu sbnarnya tak expect pun diorang akan layan mesej tu.So dgn tak ada apa perasaan tu,aku teruslah menuju ke Masjid Sek.7.
Azan Berkumandang- Khutbah Jumaat- Solat Jumaat-Doa
Selepas solat jumaat,aku cepat cepat ambil flyers dan edar ke bakul motor para jemaah..tak banyak pun sebab buat dgn keadaan laju-laju.
Setelah selesai ,naik ke motor,dapat 1 mesej dari sorg kakak ni dari Sg.Besi..
"Dia tanya niaga mana & nanti nk order ytfoo."
"aku replylah deliver area Shah alam."
Hmm..bengong juga masa tu.tapi masih tak pelik lagi.
5 minit kmudian,ada call dari KL .pun pasal ytfoo.Tapi tak dapat nk cakap lama,sebab atas motor...
Tiba di rumah,ada 2-3 missed call nombor berbeza...aik pelik benor!!
Rupa-rupanya dah viral!
Ada juga yg cakap
'Amran lanjioo ytpoo satu'
ada yg tulis 'KHK bring me here'
KHK & Amran Fans viralkan mesej aku tuh.
Unbelieveable !
Page Amar Ytfoo Delivery pun laju je likers nya bertambah....!
Terharu betul dengan admin Amran Fans dan KHK .Tak lupa pada Halim Brothers ada juga tanya niat nk bantu.
"Syukur pada Allah telah menggerakkan hati para admin -admin tersebut."
Di bawah ni pula keratan perbualan dengan diorang.
(Tapi sekarang akaun Amran Fans dan KHK dengan akaun baru,yg lama di banned FB ).

Terima kasih tak juga kat semua fan-fan mereka yang so positive.
Tapi gelabah juga masa tu sebab tak proper lagi maklumat & iklan dalam fb page.Jadi kita kena tanya pada yg pakar..Alhamdulillah abang burn pun sporting!Terima kasih!

Alhamdulillah,bisnes berjalan dengan baik
dan sambutan boleh tahan.Tapi dalam sebulan run service tu.
Kenapa Stop?
Berjinak-jinak dengan dunia saham KLSE.Nak join ke?Better jangan!
Masa tu praktik ilmu short term.
Adat lah main saham tiap malam kena buat kajian .
sebab tuh decide stopkan service delivery.........:(
Now September 2015?
Dalam proses perancangan aktif semula tapi bergantung dgn dapatan kajian yg sedang di lakukan di kawasan Klang & Shah Alam.
InsyaAllah...
Terima kasih sudi membaca...😄
Monday, 12 May 2014
Penangguhan bisnes
Saya yg menjalankan bisnes katering yongtaufoo menghentikan sementara waktu fokus pada pemasaran perniagaan
dan terpaksa menolak beberapa tempahan pelanggan.Ini kerana saya terpaksa beri fokus penuh terhadap :
1.Kerja tetap
2.Study part time
3.Bayi sulung
Justeru itu,agak sukar bagi saya untuk beri komitmen pada bisnes katering yong taufoo buat sementara waktu.Namun sambil itu juga,saya sedang menunggu tawaran dari pihak Mardi untuk kursus pembuatan kuah.(gambar dibawah surat penangguhan)Saya bercadang untuk mempelajari pembuatan kuah untuk ketahanan tempoh period 4-6 bulan.InsyaAllah jika ada rezeki.
Thursday, 13 February 2014
Bukan rezeki kami kali ni
Persetujuan hampir tercapai dengan pihak wakil pelajar UPNM untuk majlis hari ahad ini 16/2/2014.Namun oleh kerana isteri tercinta sehingga kini 14/2/2014 masih menunggu hari untuk bersalin anak pertama kami.Ditambahkan lagi 16/2/2014 juga ,saya mempunyai kelas tutorial(OUM) pada waktu pagi-petang.
Untuk mengelakkan masalah di kemudian hari,pihak kami mencari penyedia katering yongtaufoo dari area Kajang untuk menggantikan tempat kami.Kami bersyukur ada pengganti yg dapat meneruskan perbincangan lebih lanjut dengan wakil pelajar tersebut.Walaupun,bukan rezeki kami kali ni,asalkan pelajar-pelajar dapat menikmati Yong taufoo dari pihak lain ,kami turut bergembira.InsyaAllah ,hari lain adalah rezeki kami lagi.
Saturday, 8 February 2014
Weekday order
Tempahan dari rakan pejabat 'Orang rumah' RM20.Besar atau kecil nilainya,yang penting ikhlas bagi pelanggan merasa .Ada tempahan di hari Isnin-Jumaat pun kami terima,asalkan tempahan di buat awal dulu.
(26/1/14)
Subscribe to:
Posts (Atom)