Selesai sudah menyiapkan tempahan yong tau foo sebanyak 30 pax untuk santapan petang pelajar Ijazah Sarjana Muda Skrin dari UiTM dengan kerjasama iSemesta Production yang akan menyiapkan projek film digital telemovie yang berjudul 'Rumah Ini Duniaku' yang di uruskan oleh pengurus produksi En.Mohd Ferdaus Hassan.(8Februari2014).
Menyediakan perkhidmatan katering bagi penyediaan makanan Yong tau foo untuk pelbagai jenis majlis.Sila call/sms/whatsapp/wechat ke 0123627856 (akmal) untuk pertanyaan lanjut.
Saturday, 8 February 2014
Tuesday, 21 January 2014
DIY Soup + Sos ala Johnny's
Johnny's steamboat merupakan antara penyedia masakan steamboat yang popular di Lembah Klang.Kekuatan utama adalah pada sosnya.Samada anda memilih kuah sup ayam atau tom yam,tidak akan memberi rasa yang berkesan jika dimakan tanpa sosnya.
| Sos Johnny's Steamboat |
Oleh itu,pihak kami sedang dalam perancangan untuk mempertimbangkan penyediaan kuah sup + sos ala Johnny's.Nantikan citarasa baru dari pihak kami.
\
Untuk sebarang pertanyaan : Call/Sms/Wechat/Whatsapp 012-3627856
Minggu ni dalam proses perbincangan dengan pihak pelajar UPNM untuk majlis makan malam yang bertemakan " Pasar malam".Sebarang keputusan dalam perbincangan lagi.Harap semuanya berjalan lancar.
Untuk sebarang pertanyaan : Call/Sms/Wechat/Whatsapp 012-3627856
| Cadangan tapak lokasi majlis |
| sample test tidak berkuah |
| sample test berkuah |
Untuk sebarang pertanyaan : Call/Sms/Wechat/Whatsapp 012-3627856
Monday, 20 January 2014
Rumah terbuka Kementerian Komunikasi
Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi
Lokasi : Dataran Gemilang, P4 Putrajaya
Acara : Rumah Terbuka Aidil Fitri Kementerian Komunikasi & MultiMedia
Tarikh : 22/8/2013 @ 11.00 am
Pihak kami telah menerima tempahan sebanyak 4000 pax pada majlis berkenaan.Majlis yang di sertai menteri-menteri dan orang kenamaan Malaysia menjadi majlis terbesar yang pernah kami sediakan.Terima kasih kepada pihak Mynic dan Mdec yang sudi bekerjasama dengan pihak kami.
Perniagaan Separa masa
Selepas setahun penutupan perniagaan di Hotnite Bazar,kami bangkit beroperasi secara separa masa berdasarkan tempahan.Alhamdulillah ,walaupun pada mulanya terpaksa menolak beberapa tempahan pada peringkat awal kerana tiada pengalaman yang cukup.Namun berpegang kepada pepatah,orang yang bodoh adalah orang yg melepaskan peluang,maka pihak kami memberanikan diri menyediakan perkhidmatan secara separa masa berdasarkan tempahan.Kami menyasarkan untuk memberi perkhidmatan pada majlis-majlis kecil seperti di kenduri kahwin.
Ianya agak unik bagi kebyakan tetamu dan sambutan agak baik dikalangan tetamu.
Untuk sebarang pertanyaan : Call/Sms/Wechat/Whatsapp 012-3627856
Untuk sebarang pertanyaan : Call/Sms/Wechat/Whatsapp 012-3627856
Asal Penubuhan
Kami memulakan perniagaan pada pertama kalinya pada 14 Februari 2012 bertempat di Restoran Vangey-vangey ,Dataran otomobil,Sek.15,Shah alam,Selangor.Perniagaan ketika itu beroperasi menumpang di kaki lima restoran tersebut dan beroperasi sekitar pukul 7.30 pm-12.30am.Terima kasih kepada arwah abang ,Irwan Bin Amil yang berusaha untuk membantu adiknya ni memulakan perniagaan kecil-kecilan.Kalau bukan kerana usahanya,tak pastilah bila agaknya Amar Yong Tau Foo tertubuh.Al-fatihah untuk arwah abang..........
| menu-menu |
| Pekerja sedang merebus yong tau-foo |
Kami kemudian menambahkan cawangan operasi di Hotnite bazar ,berhampiran Klang Sentral,Meru,Klang secara konsep uptown.Pelbagai menu dan aneka pilihan yang turut di jual oleh peniaga-peniaga lain.Persembahan karaoke juga turut di sediakan bagi pengunjung-pengunjung menyerlahkan bakat terpendam masing-masing.
Namun,di tapak lokasi baru itu,kami sering berhadapan dengan insiden ribut dan khemah-khemah sering mengalami kerosakan setiap kali bencana melanda.Namun itu bukanlah pematah semangat kepada kami untuk terus berniaga.
| Pemandangan hadapan |
| banting Amar yongtaufoo |
Hinggalah pada bulan Mei 2012,kami telah ambil keputusan untuk menghentikan operasi kerana masalah teknikal di Shah alam serta masalah ketirisan penganjur di Hotnite Bazar .Untuk masalah tersebut biarlah menjadi rahsia antara kami.Adat meniaga kerugian adalah satu kemestian,namun kami percaya rezeki kami akan hadir juga nanti.InsyaAllah...
Boleh refer fb lama kami Di Sini .(Kini akaun tersebut tidak aktif).
Dan pautan video Di Sini.
Untuk sebarang pertanyaan : Call/Sms/Whatsapp 012-3627856
Subscribe to:
Comments (Atom)



-PNG.jpg)