Kami memulakan perniagaan pada pertama kalinya pada 14 Februari 2012 bertempat di Restoran Vangey-vangey ,Dataran otomobil,Sek.15,Shah alam,Selangor.Perniagaan ketika itu beroperasi menumpang di kaki lima restoran tersebut dan beroperasi sekitar pukul 7.30 pm-12.30am.Terima kasih kepada arwah abang ,Irwan Bin Amil yang berusaha untuk membantu adiknya ni memulakan perniagaan kecil-kecilan.Kalau bukan kerana usahanya,tak pastilah bila agaknya Amar Yong Tau Foo tertubuh.Al-fatihah untuk arwah abang..........
 |
menu-menu |
.JPG) |
Pekerja sedang merebus yong tau-foo |
Kami kemudian menambahkan cawangan operasi di Hotnite bazar ,berhampiran Klang Sentral,Meru,Klang secara konsep uptown.Pelbagai menu dan aneka pilihan yang turut di jual oleh peniaga-peniaga lain.Persembahan karaoke juga turut di sediakan bagi pengunjung-pengunjung menyerlahkan bakat terpendam masing-masing.
.JPG) |
Pemandangan hadapan |
.JPG) |
banting Amar yongtaufoo |
Namun,di tapak lokasi baru itu,kami sering berhadapan dengan insiden ribut dan khemah-khemah sering mengalami kerosakan setiap kali bencana melanda.Namun itu bukanlah pematah semangat kepada kami untuk terus berniaga.
Hinggalah pada bulan Mei 2012,kami telah ambil keputusan untuk menghentikan operasi kerana masalah teknikal di Shah alam serta masalah ketirisan penganjur di Hotnite Bazar .Untuk masalah tersebut biarlah menjadi rahsia antara kami.Adat meniaga kerugian adalah satu kemestian,namun kami percaya rezeki kami akan hadir juga nanti.InsyaAllah...
Boleh refer fb lama kami
Di Sini .(Kini akaun tersebut tidak aktif).
Untuk sebarang pertanyaan : Call/Sms/Whatsapp 012-3627856